Wednesday, July 22, 2009


ALAS SETERIKA AJAIB

Alas Seterika Ajaib kami adalah produk berkualiti buatan tempatan yang hanya boleh anda perolehi secara eksklusif , melalui laman web .Anda mungkin pernah menemui produk berfungsi serupa yang dijual dengan harga RM10.00 tetapi bagi sesiapa yang telah menggunakan produk berkenaan, anda tentu tahu bahawa ia leceh dipasang dan cepat koyak.Berbeza dengan alas seterika RM10, Alas Seterika Ajaib kami lebih baik kualitinya dari pelbagai segi. Ia lebih tebal, lebih anjal, lebih liat dan tahan. Ini kerana kami menggunakan bahan yang lebih baik serta mempunyai ketumpatan yang jauh lebih tinggi. Alas Seterika Ajaib juga lebih mudah dipasang kemas kerana ia dilengkapi dengan strapper yang lebih kuat dan sempurna. Dengan harga RM35.00 seunit, Alas Seterika Ajaib kami adalah berbaloi dengan kualiti serta ketahanannya. Bak kata orang, menang membeli menang memakai. Malah ramai antara pelanggan serta agen-agen jualan kami adalah mereka yang pernah menggunakan alas seterika RM10.00. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan “alas seterika ajaib”, anda mungkin tidak nampak apakah kelebihan produk ini. Tetapi bagi mereka yang pernah menggunakan produk “seumpamanya”, anda tentu mengakui bahawa ia memang banyak membantu. Kerja menggosok pakaian menjadi lebih mudah, cepat dan berkesan. Bukan saja jimat masa dan tenaga bahkan anda akan menjadi lebih bersedia untuk melakukan kerja berkenaan. Leceh kerja menggosok hilang apabila anda menggunakan Alas Seterika Ajaib.





 
ZARA WATEVER © 2008. Design: ~ Sweet Baby Girl